Hubungan dengan Nazri Razak Kontroversi Najib Razak

Pada November 2021, bekas pengerusi kumpulan CIMB, Nazir Razak meluahkan rasa kesal kerana membantu abangnya, Najib, menunaikan cek untuk pilihan raya umum ke-13 yang kemudiannya dikaitkan dengan dana 1MDB.

Memperincikan insiden itu dalam memoirnya "What's in a name', Nazir berkata menjelang pilihan raya umum pada 2013, Najib mendekatinya untuk membantu menunaikan empat keping cek berjumlah RM25.7 juta untuk digunakan bagi berkempen. Nazir berkata, dia hanya membantu abangnya itu dan tiada sebab untuk mengesyaki wang itu datang daripada sumber penipuan di luar sumbangan kempen yang sah.

Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk memikirkan yang dana itu mungkin dipersoalkan asal usulnya.
Sudah tentu dengan mengimbas semula (perkara ini) saya kesal kerana bersetuju untuk terlibat sama sekali.

Pada 2016, Wall Street Journal mendedahkan bahawa cek itu datang daripada akaun Najib di mana wang 1MDB yang diseleweng telah disalurkan. Nazir berkata, pendedahan itu mengecewakannya dan mendorongnya mengambil cuti sebagai pengerusi CIMB bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan. CIMB kemudian mendapati bahawa Nazir tidak menyalahgunakan kedudukannya dalam mengeluarkan cek berkenaan.

Nazir, yang lantang bersuara mengenai 1MDB, berkata dalam memoirnya bahawa dia memberi amaran kepada Najib beberapa kali antara 2009 dan 2013 mengenai dana kekayaan negara itu, dan menyatakan kebimbangan bahawa dana itu sedang diselewengkan. Dia berkata isu 1MDB menjadi detik menyakitkan dan merenggangkan hubungannya dengan abangnya itu.

Selepas beberapa ketika 1MDB hampir menjadi subjek tabu bagi kami.
Saya tidak dapat menghubunginya, dan beberapa kali dia juga menyindir bahawa saya cemburu atau hanya tidak suka Jho Low secara Peribadi.

Nazir memperincikan dalam memoirnya bahawa kegelisahannya dalam isu 1MDB menyebabkan dia bekerjasama dengan pihak lain seperti bos The Edge Tong Kooi Ong untuk menyiasat dana itu, malah menghubungi bekas perdana menteri Mahathir bin Mohamad untuk mendapatkan bantuan pada 2015.[118]

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi Najib Razak http://www.abc.net.au/news/2015-07-29/malaysia-pm-... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/ma... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://abcnews.go.com/International/wireStory/mala... http://www.reuters.com/article/2015/07/24/us-malay... http://www.theguardian.com/world/2015/jul/20/saraw... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/pr... https://www.asiaone.com/malaysian-pm-najib-razak-n...